TENTANG MSN ABOUT MSN

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang Minggu Sains Negara? Want to know more about National Science Week?

Minggu Sains Negara


Selaras dengan gagasan konsep Keluarga Malaysia yang telah digariskan oleh YAB Perdana Menteri, pada tahun ini Minggu Sains Negara (MSN) turut menyokong konsep tersebut dengan penjenamaan sebagai Minggu Sains Negara Keluarga Malaysia (MSNKM) 2022.

Pada tahun 2020, kaedah konvensional Minggu Sains Negara yang dirancang telah diubahsuai secara keseluruhan di mana 95% aktiviti dan program yang dirancang telah diubah suai dan diadakan secara maya. Jumlah keseluruhan libat urus (view/engagement) yang telah direkodkan bermula daripada bulan April sehingga November adalah sebanyak 2,482,059. Angka ini merupakan bilangan libat urus tertinggi sepanjang pelaksanaan Minggu Sains Negara secara fizikal iaitu sebanyak 88,018 pada tahun 2018 dan 928,206 pada tahun 2019. Pada tahun 2021 pula, keseluruhan aktiviti Minggu Sains Negara dilaksanakan secara atas talian. Sebanyak 157 program telah dilaksanakan dan merekodkan penyertaan sebanyak 1,034,771.

MSNKM yang bertema “Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi” akan dilaksanakan sepenuhnya secara atas talian dan disasarkan sebanyak 1.5 juta penyertaan oleh pelajar sekolah, pelajar IPT dan masyarakat umum. MSNKM 2022 akan dilaksanakan dengan konsep yang berbeza dimana ia berteraskan kepada bidang fokus utama yang akan berubah pada setiap bulan bermula pada bulan April hingga Oktober 2022.

Terdapat tujuh (7) bidang yang telah disenarai pendek sebagai bidang fokus. Bidang fokus ini dipilih berdasarkan kesesuaian setelah mengambil kira sambutan hari-hari berkepentingan berkaitan STI. Setiap bidang fokus hendaklah menerapkan cross cutting theme.
In line with the concept of Keluarga Malaysia which has been outlined by the Honorable Prime Minister, this year the National Science Week (MSN) also supports the concept by rebranding it as the National Science Week Keluarga Malaysia (MSNKM) 2022.

In the year 2020, the conventional method of National Science Week has been completely modified where 95% of the activities and programs were held virtually. The total number of views/engagements that have been recorded from April to November is 2,482,059. This figure is by far the highest number recorded since its implementation where 88,018 were recorded in 2018 and 928,206 in 2019. In 2021, the entire National Science Week activities were implemented online. A total of 157 programs were carried out with 1,034,771 engagements.

MSNKM themed "Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi" will be implemented entirely online and targeting 1.5 million participation consists of students from schools and higher learning institutions as well as the general public. MSNKM 2022 is designed differently this year where the focus area for each month will vary each month from April to October 2022.

There are seven (7) focus areas that have been shortlisted and it was selected after taking into consideration the celebration of STI-related important days each month. Each focus area should apply the cross cutting themes.


NEGARAKU
BERINOVASI

2018 Apr

88,018
orang
2018 Apr

88,018
engagement

SAINS UNTUK
KESEJAHTERAAN

2019 Ogo - Apr

928,206
orang
2019 Aug - Apr

928,206
engagement

KEAJAIBAN
SAINS

2020 Apr - Nov

928,206
orang
2020 Apr - Nov

928,206
engagement

SAINS UNTUK
KESIHATAN

2021 1 - 7 Apr

1,034,771
orang
2021 1 - 7 Apr

1,034,771
engagement



Pemilihan tema Minggu Sains Negara (MSN) Keluarga Malaysia 2022 adalah sejajar dengan hasrat kementerian untuk menjadikan sains sebagai suatu perkara yang lazim di kalangan rakyat serta menjadikan teknologi sebagai pemangkin ekonomi. Tema ini juga turut menyokong aspirasi YB Menteri yang sering menekankan aspek merakyatkan sains dan menginsankan teknologi lantas memberi penerangan yang jelas mengenai objektif kementerian secara amnya dan objektif Minggu Sains Negara Keluarga Malaysia secara khususnya. The selection of this theme is in accordance with the ministry’s hopes to integrate science in our daily life which in turns making science and technology as the catalyst. This theme also supports the aspiration of Honorable Prime Minister who often emphasizes the aspect of enculturation science and humanizing technology, thus providing a clear vision of ministry’s objectives in general and objectives of National Science Week Keluarga Malaysia in particular.